ROZITA IBRAHIM
Pengasas Sendayu Tinggi
Alamat
|
:366, Jalan Tunku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur.
| |
Tel
|
:603 36935133
|
|
Faks
|
:03 26938133
|
|
E-mel
|
:
|
|
Laman Web
|
://www.sendayutinggi.com/
|
Puan Noriah Ashari pemegang Diploma
Jurusan Perniagaan dari UiTM dan merupakan Timbalan Presiden II bagi persatuan
Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia atau lebih dikenali
dengan nama PENIAGAWATI. Beliau telah menjalankan perniagaan ATIKAH SONGKET
yang menjual kain songket Terengganu yang ditenun khas dan juga batik yang
berkualiti tinggi.
Sebagai menghargai usaha beliau, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Jarum Berlian 2003 di dalam bidang tekstil dan juga Anugerah Usahawan Wanita NAWEM 2006 di dalam bidang peruncitan.
Lebih tiga puluh tahun Atikah Songket mempelopori bidang tenunan songket Terengganu. Sebagai salah seorang daripada individu yang memperkenalkan songket Terengganu secara komersil, nama Atikah Songket tidak asing lagi kepada penggemar dan pengumpul songket. Kehalusan dan kualitinya yang tinggi antara penyebab utama pelanggan tidak serik berkunjung semula mendapatkan songket keluaran mereka. Hari ini, Atikah Songket dikendalikan oleh Puan Noriah Hj Ashari, anak bongsu beliau. Noriah adalah generasi ke-empat yang meneruskan kesinambungan keluarga mereka dalam perniagaan tradisi ini.
Sebagai menghargai usaha beliau, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Jarum Berlian 2003 di dalam bidang tekstil dan juga Anugerah Usahawan Wanita NAWEM 2006 di dalam bidang peruncitan.
Lebih tiga puluh tahun Atikah Songket mempelopori bidang tenunan songket Terengganu. Sebagai salah seorang daripada individu yang memperkenalkan songket Terengganu secara komersil, nama Atikah Songket tidak asing lagi kepada penggemar dan pengumpul songket. Kehalusan dan kualitinya yang tinggi antara penyebab utama pelanggan tidak serik berkunjung semula mendapatkan songket keluaran mereka. Hari ini, Atikah Songket dikendalikan oleh Puan Noriah Hj Ashari, anak bongsu beliau. Noriah adalah generasi ke-empat yang meneruskan kesinambungan keluarga mereka dalam perniagaan tradisi ini.
Senarai Penubuhan
Diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim dengan modal sebanyak RM400.00 sebagai permulaan dengan memasarkan produk Enigma Beauty. Pembungkusan dan penghasilan produk dilakukan kecil-kecilan bersama anak-anak di rumah dan dijual kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.
Setelah mendapat modal, beliau memulakan pengeluaran produk pelangsingan yang menggunakan diri sendiri sebagai testimoni terawal. Ia melonjakkan nama Sendayu Tinggi pada ketika itu yang merupakan antara pelopor herba terawal di Malaysia.
Kini Sendayu Tinggi memiliki lebih dari 400 jenis produk pelbagai pilihan dari herba, penjagaan wajah dan tatarias diri di dalam sebuah butik ekslusif. Sendayu Tinggi mereka cipta produk termasuk dari formulasi produk, design, idea dan pemasaran hingga kepada pengguna.
Penubuhan Sendayu Tinggi Manufacturing pada tahun 2004
- Pada tahun 2000-2004, pengeluaran produk sendayu dilakukan oleh 2 pengilang kontrak iaitu Pollens Sdn Bhd & Ganoderma Nutriceuticals.
- Kini STM mampu untuk menjalankan beberapa pengeluaran yang terdiri daripada kapsulling, blistering, sacheting. STM juga dalam proses penambahan pengeluaran bagi tabletting, oil dan liquid filling.
- Pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kebersihan dan lanskap terbaik di seluruh selangor anjuran MPK.
- Mendapat keputusan BAIK selama 3 tahun berturut-turut bagi pemeriksaan pengawalan kesihatan kakitangan dan jentera oleh JKKP (Jab. Kes. Keselamatan Pekerja)
- Mendapat keputusan memuaskan 2 tahun berturut-turut daripada KKM (sejak 2008-2010), pemeriksaan mematuhi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan didalam proses untuk mendapatkan HACCAP dan ISO.
- Permintaan untuk melawat STM tinggi yang kebanyakannya daripada badan kerajaan seperti, PUSPITA, PUTERI UMNO, dan badan-badan persatuan daripada IPT.
- Pilihan bagi pelajar lepasan Universiti menjalankan latihan praktikal selama 5bulan pada setiap tahun.
- STM menjadi lokasi pengambaran drama bersiri terbitan RTM pada tahun 2010 lakonan Alice Woo, Rosnah Johari, Shahrudin Tamby, Faizal Hussin dan lain-lain pelakon tempatan.
Penubuhan Outlet Serta Perancangan Sendayu Tinggi
- Pada tahun 2009 Sendayu Tinggi seudah mula meluaskan empayar perniagaan dengan mendaftar sistem pemasaran single level kepada perlesenan sebelum francais.
- Butik Sendayu Tinggi yang pertama ialah Nusa Bestari ditubuhkan pada 19/11/2009
- Pada ogos 2012 Sendayu Tinggi memliki 27 buah outlet seluruh Malaysia dengan keahlian melebihi 50,000 orang setelah hamper 2 tahun diperkenalkan
- Outlet sasaran seluruh Malaysia sebanyak 300 buah dan memiliki Francais di luar Negara.
- Sasaran ingin menjadi satu-satunya produk bumiputera yang berkualiti serta dibanggakan oleh rakyat Malaysia.
Sendayu Tinggi Enter. 1998-1999
- 1997-1998 – ST ditubuhkan dan sedang menjalankan 'Research & Trial Market' serta pendaftran produk.
- Mula ditubuhkan pada tahun 1998 melalui Sendayu Tinggi Enterprise.
- 1999- Lokasi pertamanya - di Tingkat 3, di Plaza MPK dengan keluasan pejabat kira-kira 300 kaki persegi dan di kongsi bersama salon yang membuat rawatan wajah.
- 2000- Kemudian Sendayu Tinggi Enterprise bertukar lokasi di Tingkat 3 dengan keluasaan lebih 2000 kaki persegi di Plaza MPK dengan bilangan staf meningkat menjadi 12 orang.
- 2001 – Pn Rozita membeli bangunan yang terletak di Bandar Bukit Tinggi Klang dan berpindah ke sana pada tahun 2002.
Antara anak syarikat Sendayu Tinggi :
- Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd.
- St Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.
- St Advertising Agency Sdn. Bhd.
- C Max Exhibition & Promotion Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
- Jamu Ratu Malaya.
Pn. Rozita Ibrahim adalah simbol usahawan berjaya- Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd.
- St Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.
- St Advertising Agency Sdn. Bhd.
- C Max Exhibition & Promotion Sdn Bhd.
- Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd.
- Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
- Jamu Ratu Malaya.
Tahun ditubuhkan
1999
Pekerja
501-1000 orang
Pendapatan
RM 1,000,000
Jenis Bisnes
Exporters, Importers, Manufacturers
Produk
Herbal Supplement, Nutritious Beverages, Skincare, Cosmetics, Slimming Product, Aromatherapy
Daripada seorang penoreh getah, kini beliau telah berjaya dan berkembang maju hingga mampu mendirikan sebuah empayar perniagaan yang besar. Sematan pepatah "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat" meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwanya. Menurut wanita ini, dunia beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan. Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang. Jika dahulu beliau hanya mampu menangis dan berdoa, sifat semulajadi wanita, tetapi kini ikhtiar,ikhtikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belengu. Inilah yang cuba Rozita sampaikan kepada wanita lain dan tidak salah jika kita mempunyai semangat kental yang sama seperti beliau.
Sebelum
bergelar usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan
Ita, terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri. Beliau yang kini hampir
mencecah umur 40 tahun telah berpisah dengan suami dan alami perkahwinan
dan penceraian yang menyakitkan. Beliau menamatkan zaman gadis dalam
usia terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia itu, Rozita
tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak dihabiskan
untuk keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan
makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta
menjalankan perniagaan kedai
runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang. Tragedi buruk berlaku
ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bilamana terpaksa menggantikan
susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak kedua pernah sakit dan lumpuh
serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. Sayangnya
arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana
tidak mendapat rawatan terbaik.
Keputusan
berpisah dengan suami pertama menyebabkan dia dipulaukan oleh keluarga.
Justeru itu, dia membawa diri ke kota dan mencuba pelbagai jenis
pekerjaan untuk menampung empat orang anaknya. Operator pengeluaran,
penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran dan pekerja di
syarikat jualan langsung pernah dijawatnya. Apa yang pasti, wanita tabah
ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita kental. Baginya,
keperitan dan penderitaan hidup adalah "buah tangan" termahal dijadikan
landasan untuk terus melangkah. Barang kemas yang sedikit sebanyak
terpaksa digadaikan sebagai modal. Akhirnya bermodalkan RM400, dia
memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup
menjalankan ujikaji dengan menggemukkan badannya sendiri sebanyak 3 kali
dan akhirnya berjaya menurunkan semula.Jika diajak berbicara mengenai ibu tunggal, pada mulanya saya tidak yakin dengan status ini namun anak-anak menjadi iltizam hidup saya untuk terus berdiri. Saya bangun dan berjanji menjadi ibu dan bapa yang baik buat anak-anak saya. Oleh kerana dahulu saya kekurangan limpahan kasih sayang namun saya belajar dari pengalaman dan kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan saya dan empat orang anak saya sekarang. Kejayaan saya kini berdasarkan kepada kekuatan prinsip dan sentiasa mahu memperbaiki diri.....itulah visi hidup saya. Tanpa visi dan prinsip, maka tiada apa yang boleh dimegahkan dalam peribadi diri.
Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang kian popular, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi yang dahulunya Sendayu Tinggi Corporation sudah pun mempunyai 9 anak syarikat di bawahnya. Jumlah pengedar beliau lebih dari 2000 orang termasuk di Brunei dan Sigapura. Bukan setakat perniagaan menjual herba semata namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri dengan masyarakat dengan berkongsi pelbagai petua kecantikan , pantang larang, kebahahgiaan rumahtangga serta membina keyakinan diri untuk wanita. Puteri sulungnya juga turut mempunyai syarikat sendiri dalam bidang tekstil. Apabila disentuh dengan matlamat dalam perniagaan, Rozita menjelaskan:
Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua, dan anak yatim. Bagi saya itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat, wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.
SENDAYU TINGGI HOLDINGS SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd, ST Advertising Agency Sdn. Bhd ,C Max Exhibition & Promotion, Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn Bhd, Ethnique Food Industries Sdn Bhd, ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing(M) Sdn. Bhd.
SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN. BHD.
Telah beroperasi pada awal tahun 1999. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN. BHD.
Mula beroperasi pada pertengahan tahun 1999 dan mengekalkan konsep yang sama iaitu produk berasaskan herba. Syarikat ini ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi ke atas produk kosmetik ini. Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd masih boleh memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanan produk Sendayu Tinggi.
ST COSMETICS& FRAGRANCES (M) SDN. BHD.
Hasil revolusi daripada Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd, Sendayu Tinggi menubuhkan sebuah lagi anak syarikat yang menumpukan kepada bidang tatarias wanita iaitu ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd mula bernaung di bawah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd sejak September 2003 yang lepas.
ST ADVERTISING AGENCY SDN.BHD.
ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD. beroperasi pada pertengahan tahun 2003. Ia dilihat sebagai sebuah perniagaan yang mempunyai potensi di dalam membantu mempromosikan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu memperkenalkan produk keluaran Sendayu Tinggi di seluruh Malaysia malahan turut memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.
C MAX EXHIBITION & PROMOTION
C Max Exhibition & Promotion ialah satu anak syarikat yang bernaung di bawah Syarikat Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. Ia memberi tumpuan kepada program-program yang berbentuk penglibatan produk seperti pameran, roadshow, promosi atau rancangan televisyen
ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Ethnique Food Industries Sdn Bhd menghasilkan produk makanan tradisional tempatan dari suku kaum tertentu yang berbentuk segera dan telah dipekkan. Antara produk makanan yang telah dijual seperti ikan pekasam, telur asin, bahulu, kuih bangkit dan serunding. Produk ini telah dipasarkan di pasaran tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.
SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd ditubuhkan pada 30hb Jun 2003. Ia menguruskan perkara berkaitan dengan segala aset syarikat seperti bangunan, rumah kedai dan lain-lain lagi.
SENDAYU TINGGI LOGISTIC (M) SDN. BHD
Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu anak syarikat Sendayu Tinggi Holdings (M) Sdn. Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2003. Tujuan penubuhan anak syarikat ini ialah untuk memudahkan proses pengangkutan barang-barang Sendayu Tinggi dan penghantaran produk serta bahan mentah ke tempat-tempat yang diperlukan.
SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd. juga dikenali sebagai Zeeta Herb’s Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Ia merupakan pengilang produk herba milik Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Kilang pemprosesan herba ini telah memperolehi lesen pengilang bertaraf GMP daripada Bahagian Amalan Perkilangan Baik (APB) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).
Contoh
Sumber Rujukan :
http://www.sendayutinggi.com/