Produk
RnD
|
Produk: Mesin Ambil
Air Sembahyang Automatik
Ketua
Pegawai Eksekutif AACE, Anthony Gomez berkata, antara keistimewaan mesin itu
ialah ia hanya memerlukan 1.3 liter air untuk seseorang itu menyempurnakan
wuduk berbanding lapan liter air jika menggunakan paip biasa.
"Mesin
ini boleh menjimatkan penggunaan air yang agak kritikal bekalannya terutama
di negara-negara Asia Barat,'' katanya pada sidang akhbar selepas acara
pelancaran itu. Hadir sama, Penasihat AACE, Dr. Taufiq Thiagi.
Katanya,
sebagai contoh, mesin itu hanya memerlukan 10 juta liter air untuk kegunaan
wuduk harian bagi dua juta umat Islam ketika musim haji di Mekah.
Menurutnya,
mesin tersebut mudah dipasang dan sesuai digunakan di kediaman, masjid, surau
serta kapal terbang penumpang.
Selain
mempunyai dua bahagian punca air, mesin wuduk automatik itu juga dilengkapkan
dengan sistem pengering dan lampu.
Info
lanjut sila Hubungi: Dr. Taufiq Thiagi
Alamat No. 2,
Lorong 51/200A, Off Jalan Penchala,
46000
Petaling Jaya, Selangor.
MALAYSIA
Tel
: +(6)03 - 7781 9602
Fax:
+(6)03 - 7781 9503
Laman
web: www.aace.com.my
Emel: info@aace.com.my
Sumber
: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm
|
|
Produk: Sangkar Sembelih Mudah Alih
Bagaimanapun
setelah sekian lama, ibadah tersebut dilaksanakan keadaan menjadi semakin
sukar apabila petugas serta penyembelih terpaksa berhadapan dengan jumlah
sembelihan yang meningkat saban tahun. Perkara tersebut turut diakui oleh
seorang jemaah masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis, Hamzan
Hashim, 45, yang terlibat secara langsung dalam proses penyembelihan lembu
korban setiap tahun. Ujarnya, kesukaran menumbangkan lembu serta masa yang
diambil terlalu lama akhirnya mendorongnya mencipta sebuah sangkar khas untuk
memudahkan proses tersebut.
Jelas
Hamzan, proses menyembelih seekor lembu menerusi kaedah biasa mengambil masa
20 hingga 30 minit. Bagaimanapun jika menggunakan alatan khas tersebut, masa
yang diambil cuma lapan hingga 10 minit.
Info lanjut sila
Hubungi: En. Hamzan Hashim
Alamat: Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat,
Kangar, Perlis
Tel: tiada
Emel: tiada
Sumber
: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm
|
|
Produk: Seaweed Noodle
YAKIN
dengan potensi khasiat rumpai laut kepada kesihatan sejagat, lima sahabat
bertekad menghasilkan suatu produk baru yang masih tiada di dalam pasaran.
“Tidak mudah”, jawapan ringkas diluahkan Ketua Pegawai Eksekutif Warqah Food
Industries Sdn. Bhd., Khairul Azman Hasran yang merupakan satu-satunya
syarikat pengeluar mee rumpai laut (seaweed noodle) dalam negara kini.
Prinsip
Khairul Azman, 36, adalah untuk membuat makanan berasaskan rumpai laut, sesuatu produk keluaran beliau yang berasal
dari Paya Dalam, Melaka Tengah, Melaka perlulah berkhasiat dan memenuhi
keperluan nutrien badan.
Menurut
beliau, produk keluarannya adalah terbukti tiada bahan pengawet (asid borik)
dan pewarna tiruan, malah merupakan produk makanan harian yang memiliki nilai
khasiat kesihatan dengan rumusan istimewa estrak rumpai laut (FSE).
“Yang
‘mengunikkannya’ lagi adalah, produk mee ini telah menjalani proses
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatannya dalam tempoh dua
tahun.
“Selain
itu, ia juga diproses dengan kaedah terbaik tanpa menggunakan sebarang
pembaik makanan merbahaya dan penggunaan kapur (natrium karbonat),” jelasnya
lagi.
Jelasnya,
FSE mampu membekalkan zat besi, kalsium, serat dan Omega 3 & 6 bagi
menjadikan hidangan sesuatu produk berkhasiat memenuhi keperluan seharian
badan.
Info lanjut sila Hubungi: Ketua
Pegawai Eksekutif Warqah Food Industries Sdn. Bhd., Khairul Azman Hasran
Alamat: WARQAH FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
No. 1152A,
Taman Widuri, Jalan Teluk Kumbar,
11920
Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel: 04 – 649 1075
Laman web :
www.warqahfood.com
FB
: Seaweed Noodles
Sumber
: http://www.buletinmutiara.com/seaweed-noodle-produk-mee-kesihatan-kecantikan-kosmetik-nutrisi/
|
|
Produk: MeeGo
Produk
dikenali sebagai MeeGo yang kaya dengan bahan antioksidan dan serat itu serta
baik untuk kesihatan bagi melawan penyakit kanser adalah sesuai bagi
menggantikan mi kuning di pasaran. MeeGo boleh didapati di pasaran dengan
harga antara RM4.50 hingga RM5.50 setiap pek seberat 230 gram mengikut negeri
serta turut telah diperkenalkan di Korea menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan
Koridor Utara (NCIA) sebagai percubaan. Pensyarah Kejuruteraan Bioproses
UniMAP, Noor Shazliana Aizee Abidin Mohd. Hishamudin Che Mat berkata, idea
penyelidikannya itu timbul setelah beliau serta rakan, Prof. Madya Mahmad
Noor Jaafar dan Siti Nadherah Mohamad melihat ribuan kilogram kulit dan biji
mangga Perlis Sun Shine atau Sala di negeri ini dibuang begitu sahaja. “Kita
tahu Perlis merupakan pengeluar mangga paling tinggi di negara ini. Jadi
daripada kulit dan biji mangsa yang merangkumi 15 peratus daripada buah itu
dibuang, adalah baik untuk kita memanfaatkannya. “Lalu timbul idea untuk
menghasilkan produk spageti apatah lagi mi kuning dijual di pasaran
mengandungi kandungan pengawet dan abu yang tinggi serta tidak baik untuk
kesihatan pengguna,” katanya. Beliau berkata demikian bagi memperkenalkan
buat pertama kalinya produk MeeGo bersama Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk
Dr. Kamarudin Hussin di Institut Agroteknologi Lestari UniMAP di sini,
semalam. Menurut Noor Shazliana, beliau percaya MeeGo boleh bersaing dengan
spageti organik di pasaran yang hampir sama kebaikannya kerana harganya
separuh lebih murah. Tambah beliau, MeeGo dihasilkan daripada kulit dan biji
mangga yang dikeringkan seterusnya dijadikan tepung, sedikit isi buah yang
diproses manakala bakinya, tepung gandum.
Info lanjut sila
Hubungi: Noor Shazliana Aizee
Abidin (UNIMAP)
Alamat: Fakulti Kejuruteraan Bioproses UniMAP,
Perlis
Tel: tiada
Emel: tiada
|
|
Produk: Tulang
sintetik daripada sisik ikan
TULANG
sintetik daripada bahan kimia dan dan tulang binatang antara bahan yang
digunakan secara meluas dalam bidang perubatan bagi tujuan pembaikan dan
pembinaan semula tulang yang mengalami kerosakan.Bagaimanapun, kos mahal dan
isu etika serta keagamaan antara masalah timbul apabila menggunakan dua
sumber tulang berkenaan. Penyelidikan sekumpulan ahli akademik Jabatan Kimia,
Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang
diterajui Prof Madya Dr Ismail Zainol, menghasilkan tulang sintetik
alternatif berasaskan sisik ikan yang jauh lebih murah dan terjamin
keselamatan penggunaannya.
Dr
Ismail berkata, sisik ikan mempunyai komponen kolagen dan bahan bioseramik
hydroxyapatite (HA) membolehkan ia diproses menjadi tulang sintetik yang
selamat dan halal digunakan selain mudah dihasilkan menerusi proses pemanasan
saja.
Katanya,
tulang sintetik daripada sisik ikan itu boleh digunakan bagi merawat
kecederaan tulang termasuk dalam pembedahan ortopedik, telinga, hidung dan
tekak, wajah serta pembedahan berkaitan pergigian
Info lanjut sila
Hubungi: Prof Madya Dr Ismail Zainol
Alamat Jabatan
Kimia, Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tel: tiada
Emel: tiada
|
|
Produk: Greenfinity TM
Kisah
penduduk di pedalaman negaranya, Bangladesh yang memiliki telefon bimbit
tetapi tidak dapat mengecasnya kerana ketiadaan elektrik menyentuh perasaan
Dr. Nowshad Amin hingga mendorongnya mencipta pengecas tenaga suria kecil
Alat
berukuran 19 cm x 36.5 cm ini bukan saja mampu mengecas telefon bimbit malah
tenaga keterbaharuan disimpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk
memasang lampu menerangi malam.Ia turut mampu membekalkan tenaga menggerakkan
peralatan elektronik kecil.
Info lanjut sila
Hubungi: Dr. Nowshad Amin
Alamat: Jabatan Elektrikal, Elektronik dan Sistem
Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tel: tiada
Emel: tiada
Sumber
: http://www.majalahsains.com/pensyarah-ukm-mencipta-pengecas-telefon-bimbit-menggunakan-tenaga-suria/
|
|
Produk: U-Chair
SEORANG
tenaga pengajar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Firdaus Zulkifli, 26,
mengetengahkan rekaan mejanya yang diberi nama U-Chair.
Diperbuat
daripada material plastik dan besi, U-Chair dipasangkan bersama komputer bagi
kegunaan pelajar.
Sebenarnya
kerusi ini dibina bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan
pembelajaran menerusi e-learning. Jadi saya cuba menghasilkan U-Chair. Ia
merupakan kerusi di bilik kuliah yang digabungkan dengan komputer dan akses
Internet.
Info
lanjut sila Hubungi: Firdaus Zulkifli
Alamat: Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti
Putra Malaysia (UPM)
Tel: tiada
Emel: tiada
Sumber
:
|
|
Produk: Loveme Water Closet
Ciptaan
yang menarik perhatian ialah tandas pintar yang dihasilkan oleh pensyarah
Jabatan Rekabentuk Industri, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Sazrinee Zainal
Abidin. Tandas yang digelar Loveme Water Closet berwarna biru ini memiliki
pelbagai ciri istimewa yang menekankan aspek kebersihan dan praktikaliti.
Lebih menarik lagi, fungsinya mampu menepati keperluan pengguna lelaki dan
wanita.
Info
lanjut sila Hubungi: Sazrinee Zainal
Abidin
Alamat: Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti
Putra Malaysia (UPM)
Tel: tiada
Emel: tiada
Sumber
:
|
|
Produk: Masak lemang
guna haba dan wap
Zull
Design Autotronic (ZDA) menampilkan satu mesin pembakaran lemang cara mudah
dan tidak terlalu membebankan pengguna. Produk ini memasak lemang dengan
menggunakan kaedah baharu iaitu menggunakan pengewapan dan penghabaan. Cuma
kelainan di sini, lemang tidak perlu berhadapan dengan masalah kayu api basah
haba api serta bara. Ia juga tidak perlu dimasak dengan terlalu lama dan
menjimatkan ruang yang besar untuk melakukan proses membakar lemang.
Penghasilan mesin pembakaran lemang (pengewapan dan penghabaan) oleh ZDA
sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan dan menyenangkan pengguna.
Info
lanjut sila Hubungi: Zulkifli Hj.
Haron
Alamat: Zull Design Autotronic (ZDA)
NO 35 , JALAN SERI PAGI 1 ,
PUSAT PERDAGANGAN SERI PAGI
Sg.Choh, 48200 Rawang,
Selangor
Tel: 03-6092 1928, 012- 733 2066
Fax
: 03-6091 4000
Emel: mail@zulldesign. com.my
Laman
web : www. zulldesign.com.my
Sumber
:
|
|
Produk: Finger Reader
Rekabentuk
produk ini sangat bermanafaat bagi orang yang tidak boleh melihat (buta).
Produk ini dapat membaca barcode dengan jari yang dihubungkan menggunakan
teknologi bluetooth Headset terus memberitahu barang yang ada di barcode
tersebut.
Info
lanjut sila Hubungi: Hansub Lee
Alamat: Yangko Design
Tel: tiada
Emel: tiada
Laman
web : www.yangkodesign.com
Sumber
:
|